ma..im so sorry..beberapa hari ni memang memenatkan dan menensenkan..semua salah diorang..diorg yg buat sy macam ni..kerana ma saya meneruskan..percayalah..
Kisah Seorang Ratu
Subuh-subuh lagi
sudah bangkit
siapkan sarapan
sempurnakan perjalanan
Lakinya ke tempat rezeki
Anak-anaknya ke gedung ilmu
sebelum membangunkan negeri kecil.
Tika mentari condong ke barat
tegaklah dia di muka pinta
tunggu buah hati pulang
tiap-tiap isnin santak jumaat
tanpa mengeluh
tidak pun pernah kosong meja.
Bila senja mengetuk pintu
baliklah si jantung hati
bawa pulang riuh
bersama wajah yang keruh.
Makan malam mesti istimewa
mengisi perut-perut yang berat tulang
menyuap mulut-mulut yang rajin mmemerintah
menambah kedut di wajah.
Habis memasak
hadap pula kain baju nan membukit
hingga digamit-gamit
hasrat laki di penghujung hari.
Hasmi Haron
Kuala Lumpur, MALAYSIA
11 September 2001
Friday, June 10, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment