Tuesday, February 10, 2009

teriakan lama..

Mengenalimu satu keindahan..Tetapi mengenalimu juga satu penyiksaan…

Mula kita bersua di suatu pesta..menjenguk ke dalam keramaian manusia itu aku terpaku seketika tatkala memandang satu raut wajah..itulah kamu..bersahaja menyendiri di satu sudut..kenapa si dia ini tidak menyertai manusia-manusia gembira yang lain?...berani aku dekatkan diriku kepada mu…

Senyumanku kau balas..manis sungguh..raut wajah yang bersih, tenang dan menyenangkan..rasakan sudah terbang jauh dari kerancakan pesta itu ..semakin tinggi terbangku setelah sapaanku kau balas…takdir malam itu sungguh indah..

Rasakan baru semalam kita saling bertanya dan berkenalan..mengorat langkah untuk mengenali satu sama lain..hasilnya, dalam masa yang singkat sahaja kita sudah tahu dalam dan luar masing-masing..tiada rahsia antara kita..

Kita mara selangkah lagi setelah kau melamarku..untuk menjadi teman hidupmu..percayalah sayang, itulah saat terindah dalam hidupku..rasakan dunia berhenti berputar seketika…masih ingatkah jawapan ku?... ‘ya, sehingga ke akhir hayat’…

Bertahun kita bersama..menjalani cinta dan sayang bersama..saat di mana senyum adalah senyumku dan tangismu adalah tangisanku jua..setiap yang hadir kita kongsi bersama…setiap ruang masa kita penuhi dengan kemanisan cinta..aku telah belajar betapa cinta mampu membenarkan semuanya…terima kasih cinta…

Tetapi…aah , amat berat dan menyakitkan pula untuk aku nukilankan penyudah cerita ini…ya, mentari tak selamanya menyinar..sesekali ia dibayangi mega mendung..di ikuti dengan hujan lebat, kilat,petir dan taufan..hubungan kita mula bergolak setelah kau mengenali si dia..si dia yang tanpa sedari mula kau semaikan cinta..bercambah diantara pohon sudah lama merendang..lama kelamaan ia mula megeluarkan daun dan dahan..membesar dan mula menandingi rendang pohon ini…aku akur aku harus mengalah..tak mampu aku tandingi cinta mu yang baru ini.. 

Maafkan aku cinta..aku tak bisa lagi bertahan..kini aku mengalah..memberi peluang untuk cinta barumu bercambah mengejar matahari..aku biarlah berkubur di bumi ini..mereput dan membajai pepohon lain..

Cinta..maafkan aku sekiranya aku telah melakukan kesilapan sepanjang kita bersama..cinta, terima kasih kerana telah mengajar aku erti sebuah cinta..jangan kau risaukan aku…kerana aku percaya, setelah mendung bearak pergi…setelah hujan dan taufan reda..pelangi akan muncul....

Mengenalimu satu keindahan..Tetapi mengenalimu juga satu penyiksaan…

terbang ke langit....

Sudah menghampiri satu waktu di mana aku mesti membuat keputusan dan  membuka langkah sendiri. Tanpa berpaling ke belakang untuk mendengar kata2 mereka. Berhenti pengaruhi aku lagi.

Bila aku sudah ke sana tunggulah saat aku tiba di mercu dan mengibarkan bendera kejayaanku. aku yakin hati yang kuat ini akan memudahkan jalanku..

Aku kini nekad. Selamat tinggal sengsara. Selamat tinggal tangisan. 

di lafaz pada alam dan langit...

Sebarkanlah  pada semua. Biar semua tahu siapa aku yang sebenarnya. Bukannya aku bimbang jika semua orang tahu siapa aku. Malah aku tambah gembira kerana kau semestinya tahu betapa sukarnya untuk aku menanggung ini seorang diri. Aku tidak akan menghalang niatmu.

Jika semua orang tahu, percayalah aku juga akan terus tetap berdiri di sini. Sedikit pun aku tidak akan berganjak. Ini adalah tempatku. Aku punyai hak untuk terus tinggal dan bernafas di tempat ini. Aku dirikan daerah ini daripada hasil keringat darahku sendiri. Tidak mudah untuk aku lepaskannya begitu sahaja.

Dunia, bersedialah dengan ape yang bakal kau ketahui kerana aku telah relakannya. Kau bukan nya tidak pernah tahu seperti perkara ini. Inilah aturam hidup. Pasti kau sudah arif mengenainya. Apa pun jua, aku akan berjalan, berlari dan bernafas seperti biasa di dadamu..

suara malam....

Menggalas dosa-dosa di belikat

 

Mengelilingi paksi-paksi bumi

 

Nekad menafikan cinta dan syurga

 

Menutup pintu ke Jabbarunnah..

 

Selangkah menghampiri taubatMu

 

Seribu tahun nasuha  berpaling

 

Andai ini akhirnya…

 

Maka  takdir yang dipilih sendiri

 

Andai ini hujungnya….

 

Maka nasib yang ditentukan sendiri

 

Ada  mungkar yang bertepuk

 

Puas dengan kegagalan ini

 

Jelas kejayaan baginya…….

 

Halus sekali bisikan mereka

 

Dari hari ke hari..

 

hingga ke hembusan nafas terakhir…

 

Tuhan yang Esa…

 

Kau bawalah aku semula

 

Bangkitkan aku

 

Untuk  mengejar cahaya rabbani Mu