Wednesday, August 05, 2009

di sana....

aku tahu di sini bukan tempatnya. dia mahu ke sana dan kekal di sana bersama si dia.satu hari nanti dia akan pergi dan pasti akan pergi. meninggalkan aku keseorangan. jadi nikmati lah masa yang masih ada ini sepenuhnya dan sepuasnya. akan cuba untuk melambat dan melengahkannya.

Monday, August 03, 2009

HATI

A: Maaf. Saya tak sengaja terambil hati awak.

 

B: Takpe. Ambillah.

 

A: Tapi saya bukan nak pun hati awak .

 

B: Jadi pulangkanlah balik hati saya.

 

A: Tapi.. saya sudah buang hati awak.

 

B: hati saya sudah hilang….