Monday, May 25, 2009

bagai pungguk....

Katanya bagai pungguk rindukan bulan

Siapalah yang menjadi bulan itu?

Tak mungkin aku

Untuk si dia

Tak mungkin aku jadi bulan

Jika untuk si dia

Aku lah apa yang ada di sekelilingnya

Aku lah dahan tempat si pungguk berteduh

Akulah bumi tempat si pungguk berpijak

Akulah air yang di minum pungguk

Akulah udara yang dihirup pungguk

Aku tak mungkin jadi bulan

Rindulah serindu-rindunya

Tapi tetap di atas sana

di pegang tak kecapaian

 

Tapi sayang..

Punggguk tetap rindukan bulan

Pungguk tak mahu rindukan dahan, bumi, tanah , air atau udara..

Ku tanya kenapa..

Pungguk menjawab…

“Bumi, dahan, tanah, air atau udara sudah ada lama di sekelilingku..semua dapat di capai, di pegang dan di rasa…Kenapa hendak dirindukan yang bisa di capai, di pegang dan di  rasa..Rindu terjadi apabila ia tiada bersama..seperti bulan..”

Wednesday, May 20, 2009

di kala ini...

Biarkan resah

Mengulik tidurku

temanku sepanjang malam

menanti hari esok


jika esok belum tentu

resah dan aku bercanda

mengganti bulan yang tak tiba

 

setelah semua terjadi

aku tersedar dan berfikir

selama ini siapa yang setia

menjadi teman dan penghibur

kamu lah ‘RESAH’ yang setia

Tuesday, May 19, 2009

kepak-kepak

MEREKA SUDAH BERKEPAK

MULA TERBANG

ADA YANG SUDAH TINGGI DI AWAN

AKU SEDIH

AKU MASIH MENUNGGU

KEPAKKU BELUM TUMBUH

PARUH MANA BOLEH TERBANG

DAGU LAGI LAH TAK BOLEH

APA NAK BUAT…

Monday, May 11, 2009

monolog......

susahnya hidup
bila kita suka
dia pulak yang tak suka
bila dia suka
kita yang tak suka
abis nak tunggu dua-dua suka ke?
sampai bila?
ok kalau org tu suka kita tak suka
boleh la paksa diri sukakan die
tapi boleh ke nak paksa org lain sukakan kita?
susah
akhirnya sendiri yang sakit
sendiri yang menangis
bila tengok si dia sukakan org lain

dunia ni kejam  ke
dunia ni tak adil ke
dunia..dunia..
jangan lah sekarang persoalkan 
kenapa ada perasaan camni
bukan kita nak pun
tak pernah lak harapkan
apatah lagi perlukannya

semua ini dugaan kan
pak imam pun x diduga seperti ni
kalau kita berjaya
kita yang terkuat
lagi kuat dari pak imam





Tuesday, May 05, 2009

sesal...

Kesalahanku

Menafi cinta

Seawal pertemuan

 

Kini kau sudah

Bertemu yang lain

Menjalin cinta

Yang aku idamkan

 

Kau mula berubah

Aku ditinggalkan

Kau sudah jauh

Di dalam hatinya

 

Mengapa

Ini akhirnya

Membunuh aku

Dengan penyesalan

 

Jauh di sini

Aku masih cinta

Tetap sabar menunggu

Walau kau bukan ku punya lagi