Wednesday, August 05, 2009
di sana....
Monday, August 03, 2009
HATI
A: Maaf. Saya tak sengaja terambil hati awak.
B: Takpe. Ambillah.
A: Tapi saya bukan nak pun hati awak .
B: Jadi pulangkanlah balik hati saya.
A: Tapi.. saya sudah buang hati awak.
B: hati saya sudah hilang….
Wednesday, July 15, 2009
amaran ku...
Jangan lah pandang
Mata kau beracun
Kalau tersalah pandang
Hilang akal…
Jangan lah senyum
Bibirmu merah
Kalau silap cium
Hilang akal…
Jangan lah cakap
Suaramu emas
Kalau silap dengar
Hilang akal…
Jangan lah sentuh
Jarimu berbisa
Kalau salah pegang
Hilang akal…
Tapi hakikatnya
Mengetahui nama mu saja
Cukup untuk hilangkan akal ku..
mengintai langit...
LANGIT MANA YANG KAU INTAI
SEDANGKAN LANTAI BELUM KAU NAMPAK
LANGIT MANA YANG KAU CARI
SEDANGKAN DINDING BELUM KAU DIRIKAN
LANGIT MANA YANG BIRU
SEDANGKAN LAUT MASIH HITAM
LANGIT MANA YANG BERAWAN
SEDANGKAN UDARA MASIH KELAM
LANGIT MANA YANG KAU CARI
LANGIT MANA MANA YANG KAU INTAI
AKU TIDAK PERNAH SALAHKAN LANGIT
KALAU HUJAN TIDAK REDA
AKU JUA TIDAK SALAHKAN LANGIT
KALAU ANGIN BERTAUFAN KENCANG
AKU PUN PERNAH SALAHKAN LANGIT
KALAU MENDUNG BERARAK KEKAL
JANGAN TERUS MENGINTAI LANGIT
KALAU BUMI ADA JAWAPANNYA
CUBALAH KAU INTAI LANGIT DI KENDIAN HARI
CARILAH BUMI DAHULU
KENALLAH BUMI DAHULU
SETINGGI MANA PUN KAU TERBANG KE LANGIT
JIKA TERSALAH LANGKAH
KE BUMI JUA KAU AKAN JATUH…
Monday, May 25, 2009
bagai pungguk....
Katanya bagai pungguk rindukan bulan
Siapalah yang menjadi bulan itu?
Tak mungkin aku
Untuk si dia
Tak mungkin aku jadi bulan
Jika untuk si dia
Aku lah apa yang ada di sekelilingnya
Aku lah dahan tempat si pungguk berteduh
Akulah bumi tempat si pungguk berpijak
Akulah air yang di minum pungguk
Akulah udara yang dihirup pungguk
Aku tak mungkin jadi bulan
Rindulah serindu-rindunya
Tapi tetap di atas sana
di pegang tak kecapaian
Tapi sayang..
Punggguk tetap rindukan bulan
Pungguk tak mahu rindukan dahan, bumi, tanah , air atau udara..
Ku tanya kenapa..
Pungguk menjawab…
“Bumi, dahan, tanah, air atau udara sudah ada lama di sekelilingku..semua dapat di capai, di pegang dan di rasa…Kenapa hendak dirindukan yang bisa di capai, di pegang dan di rasa..Rindu terjadi apabila ia tiada bersama..seperti bulan..”
Wednesday, May 20, 2009
di kala ini...
Biarkan resah
Mengulik tidurku
temanku sepanjang malam
menanti hari esok
jika esok belum tentu
resah dan aku bercanda
mengganti bulan yang tak tiba
setelah semua terjadi
aku tersedar dan berfikir
selama ini siapa yang setia
menjadi teman dan penghibur
kamu lah ‘RESAH’ yang setia
Tuesday, May 19, 2009
kepak-kepak
MEREKA SUDAH BERKEPAK
MULA TERBANG
ADA YANG SUDAH TINGGI DI AWAN
AKU SEDIH
AKU MASIH MENUNGGU
KEPAKKU BELUM TUMBUH
PARUH MANA BOLEH TERBANG
DAGU LAGI LAH TAK BOLEH
APA NAK BUAT…
Monday, May 11, 2009
monolog......
Tuesday, May 05, 2009
sesal...
Kesalahanku
Menafi cinta
Seawal pertemuan
Kini kau sudah
Bertemu yang lain
Menjalin cinta
Yang aku idamkan
Kau mula berubah
Aku ditinggalkan
Kau sudah jauh
Di dalam hatinya
Mengapa
Ini akhirnya
Membunuh aku
Dengan penyesalan
Jauh di sini
Aku masih cinta
Tetap sabar menunggu
Walau kau bukan ku punya lagi
Tuesday, February 10, 2009
teriakan lama..
Mengenalimu satu keindahan..Tetapi mengenalimu juga satu penyiksaan…
Mula kita bersua di suatu pesta..menjenguk ke dalam keramaian manusia itu aku terpaku seketika tatkala memandang satu raut wajah..itulah kamu..bersahaja menyendiri di satu sudut..kenapa si dia ini tidak menyertai manusia-manusia gembira yang lain?...berani aku dekatkan diriku kepada mu…
Senyumanku kau balas..manis sungguh..raut wajah yang bersih, tenang dan menyenangkan..rasakan sudah terbang jauh dari kerancakan pesta itu ..semakin tinggi terbangku setelah sapaanku kau balas…takdir malam itu sungguh indah..
Rasakan baru semalam kita saling bertanya dan berkenalan..mengorat langkah untuk mengenali satu sama lain..hasilnya, dalam masa yang singkat sahaja kita sudah tahu dalam dan luar masing-masing..tiada rahsia antara kita..
Kita mara selangkah lagi setelah kau melamarku..untuk menjadi teman hidupmu..percayalah sayang, itulah saat terindah dalam hidupku..rasakan dunia berhenti berputar seketika…masih ingatkah jawapan ku?... ‘ya, sehingga ke akhir hayat’…
Bertahun kita bersama..menjalani cinta dan sayang bersama..saat di mana senyum adalah senyumku dan tangismu adalah tangisanku jua..setiap yang hadir kita kongsi bersama…setiap ruang masa kita penuhi dengan kemanisan cinta..aku telah belajar betapa cinta mampu membenarkan semuanya…terima kasih cinta…
Tetapi…aah , amat berat dan menyakitkan pula untuk aku nukilankan penyudah cerita ini…ya, mentari tak selamanya menyinar..sesekali ia dibayangi mega mendung..di ikuti dengan hujan lebat, kilat,petir dan taufan..hubungan kita mula bergolak setelah kau mengenali si dia..si dia yang tanpa sedari mula kau semaikan cinta..bercambah diantara pohon sudah lama merendang..lama kelamaan ia mula megeluarkan daun dan dahan..membesar dan mula menandingi rendang pohon ini…aku akur aku harus mengalah..tak mampu aku tandingi cinta mu yang baru ini..
Maafkan aku cinta..aku tak bisa lagi bertahan..kini aku mengalah..memberi peluang untuk cinta barumu bercambah mengejar matahari..aku biarlah berkubur di bumi ini..mereput dan membajai pepohon lain..
Cinta..maafkan aku sekiranya aku telah melakukan kesilapan sepanjang kita bersama..cinta, terima kasih kerana telah mengajar aku erti sebuah cinta..jangan kau risaukan aku…kerana aku percaya, setelah mendung bearak pergi…setelah hujan dan taufan reda..pelangi akan muncul....
Mengenalimu satu keindahan..Tetapi mengenalimu juga satu penyiksaan…
terbang ke langit....
Sudah menghampiri satu waktu di mana aku mesti membuat keputusan dan membuka langkah sendiri. Tanpa berpaling ke belakang untuk mendengar kata2 mereka. Berhenti pengaruhi aku lagi.
Bila aku sudah ke sana tunggulah saat aku tiba di mercu dan mengibarkan bendera kejayaanku. aku yakin hati yang kuat ini akan memudahkan jalanku..
Aku kini nekad. Selamat tinggal sengsara. Selamat tinggal tangisan.
di lafaz pada alam dan langit...
Sebarkanlah pada semua. Biar semua tahu siapa aku yang sebenarnya. Bukannya aku bimbang jika semua orang tahu siapa aku. Malah aku tambah gembira kerana kau semestinya tahu betapa sukarnya untuk aku menanggung ini seorang diri. Aku tidak akan menghalang niatmu.
Jika semua orang tahu, percayalah aku juga akan terus tetap berdiri di sini. Sedikit pun aku tidak akan berganjak. Ini adalah tempatku. Aku punyai hak untuk terus tinggal dan bernafas di tempat ini. Aku dirikan daerah ini daripada hasil keringat darahku sendiri. Tidak mudah untuk aku lepaskannya begitu sahaja.
Dunia, bersedialah dengan ape yang bakal kau ketahui kerana aku telah relakannya. Kau bukan nya tidak pernah tahu seperti perkara ini. Inilah aturam hidup. Pasti kau sudah arif mengenainya. Apa pun jua, aku akan berjalan, berlari dan bernafas seperti biasa di dadamu..
suara malam....
Menggalas dosa-dosa di belikat
Mengelilingi paksi-paksi bumi
Nekad menafikan cinta dan syurga
Menutup pintu ke Jabbarunnah..
Selangkah menghampiri taubatMu
Seribu tahun nasuha berpaling
Andai ini akhirnya…
Maka takdir yang dipilih sendiri
Andai ini hujungnya….
Maka nasib yang ditentukan sendiri
Ada mungkar yang bertepuk
Puas dengan kegagalan ini
Jelas kejayaan baginya…….
Halus sekali bisikan mereka
Dari hari ke hari..
hingga ke hembusan nafas terakhir…
Tuhan yang Esa…
Kau bawalah aku semula
Bangkitkan aku
Untuk mengejar cahaya rabbani Mu
Tuesday, January 20, 2009
percayalah...
A: kau percayakan jodoh?
B: maksudnya percaya Tuhan telah menetapkan jodoh setiap orang?
A: alangkah bagusnya kalau jodoh itu terus dijatuhkan dari langit.
B. jangan.
Jangan dari langit tapi Dari hati.
Lebih dekat.
A: kau suka sungai nil?
B: sungai ini suci.
Penting.
Tanpa nil tiada peradaban.
Tanpa peradaban tiada mesir.
A: nil adalah jodoh mesir. Mesir adalah jodoh nil
A: nil semakin kekeringan
Bagaimana dengan mesir?